Cara buat mashed potato ala KFC (Kentang Putar)
Kalau pergi KFC je mesti order mashed potato takpun kalau dekat wayang GSC mesti beli punya la.
Seriously dekat wayang tu sedap gila! Kalau beli tak sempat tengok cerita dah habis sebab best makan panas2 tu.
Biasanya kat part kuah gravy dia yang sedap tu.
Senang je buatnya. Tak percaya cuba lah!
Cara- caranya :-
Seriously dekat wayang tu sedap gila! Kalau beli tak sempat tengok cerita dah habis sebab best makan panas2 tu.
Biasanya kat part kuah gravy dia yang sedap tu.
Senang je buatnya. Tak percaya cuba lah!
Bahan-bahan yang perlu ada :-
Kentang 6 biji ( cukup 4/5 orang makan)
Lada hitam
Lada sulah
Susu segar
Sedikit buttercup ( xkesah guna apapun)
1. Kupas, basuh dan potong kentang dan seterusnya rebuskan dalam masa 20-25 minit
Pastikan kentang betul-betul empuk.
2. Selepas itu toskan air kentang dan biarkan atas api sekejap untuk pastikan air kentang tu kering secukupnya.
3. Letak sedikit butter dan lenyekkan kentang mengunakan garfu atau apa-apa yang sesuai.
4. Letakkan sedikit lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
5. Jangan lupa letakkan susu cair sedikit demi sedikit mengikut cita rasa, kalau nak lagi berlemak boleh letak lebih. Tapi Eynara adjust ikut selera sebab nanti berlemak sangat muak pulak.
6. Gaulkan bahan-bahan sebati dan ketepikan.
Bahan-Bahan untuk Gravy Sos :-
1 Labu bawang besar ( dikisar/ditumbuk halus)
3/4 ulas bawang putih( dikisar/ditumbuk halus )
3 sudu besar butter
sedikit tepung jagung
Lada hitam
Kiub ayam
Cara-caranya :-
1. Letak butter dalam periuk dan tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau.
2. Tunggu sehingga bertukar warna, macam caramel/ coklat cair
3. Masukkan sedikit tepung jagung. Kalau nak pekat sangat dlm kurang satu sudu besar pun dah cukup. Eynara pun letak dalam setengah sudu kecil.
4. Letakkan sedikit air, lada sulah dan lada hitam serta kiub ayam. Kacau sebati.
5. Tengok kepekatan dan kelikatan kuah gravy tadi. Kalau masih berketul, perlahankan api kacau perlahan sehingga mendidih dan blender jika perlu.
6. Jangan lupa adjust rasa dulu sebelum hidangkan, biasanya gravy masin sikit dihidangkan dengan kentang yang xletak garam, so kira ngam lah.
7. Kalau suka daun sup letak la . Sedap jugak apa!
So, ini hasilnya! Selamat mencuba!
Comments