Cara Bayar Yuran Uitm melalui Bank Islam

Assalamualaikum..

 Memandangkan Eynara dah masuk semester kedua untuk Pjj ni, so Eynara nak share macam mana nak buat pembayaran yuran Uitm melalui Bank Islam ni. Senang je.

Ada 2 kaedah :-

Pembayaran melalui ATM machine

1. Firstly of course kena pergi cari ATM machine bank islam ni .

2. Masukkan kad Bank Islam anda, macam biasa tekan pin keselamatan anda.

3. Pada paparan skrin hadapan, pilih menu > click lain > click pada pembayaran bil/yuran IPT

4. Kalau Eynara tak silap, lepas tu just masukkan kad pengenalan anda.

5. Then tadaaa, terus keluar no id pelajar dan amount total yuran yang perlu di bayar. 

6. Pastikan betul jumlah yang perlu dibayar. Boleh check kat uitm student portal bahagian kewangan, bil dan yuran pelajar tu.

7. Kemudian, sahkan. Simpan resit untuk rujukan sendiri.

Pembayaran melalui Perbankan Bank Islam


  1. Layari laman web rasmi bank islam >  https://www.bankislam.biz/
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan User ID (Username) dan click login
  4. Pastikan Private Image and Private Word betul.
  5. Masukkan password yang betul.
  6. Pilih Bill Payment, click pada Bill Presentment
  7. Pilih Universiti Teknologi MARA pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
  8. Then, masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar .
  9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
  10. Klik dan Pilih Bil yang hendak dibayar. Click pay.
  11. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
  12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. 
  13. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke phone anda.
  14. Masukkan IAC number, then tekan pada confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. 
  15. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
  16. Cetak slip bayaran untuk rujukan peribadi anda.
Then jangan lupa check selepas 2-3 hari waktu bekerja dia akan update semula akaun kita di uitm student portal bahagian kewangan.




Pastikan jumlah pada bulatan RM 0.00 ye. Kalau tak lagi, boleh je update dengan pihak uitm. 

Senang dan simple ^^



Comments

Popular Posts