Kunjungan ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum w.h.w.

Alhamdulillah pada 6 August 2017 yang lepas saya berpeluang mengunjungi pameran artifak asli Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda di Masjid Negeri Selangor Shah Alam. Ternyata ramai orang dari pelosok negeri sanggup turun ke Selangor bagi melihat barang pameran dan menghayati kisah di sebalik artifak yang telah dipamerkan. 


Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 10 Julai - 23 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Harga Tiket adalah seperti di bawah: .
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Bermakna pameran ini baru je sudah semalam. Tidak mengapa. Insyaallah jika penganjur mengadakan lagi pameran seperti ini anda jangan lupa merebut peluang ye!

Saya akan kongsi beberapa gambar yang telah saya ambil di sana :

Harga tiket seorang. Ada ke ibu belikan tiket kanak-kanak walhal anak dia dah 20 ++ dah. Haha

Jam Matahari Mesir Kuno

Dikatakan jam matahari ini telah digunakan pada abab ke-14 sekitar 700 tahun silam. Ianya berasal dari bahasa Latin yaitu “Clocca”. Jam Matahari adalah jam tertua atau biasanya disebut jam Sundial adalah jam yang pertama kali digunakan sekitar 3500 sebelum Masehi. 

Prinsip kerja jam ini yaitu dengan menunjukkan berdasarkan letak matahari dengan cara melihat bayangan matahari



Batu Masjid Quba'


Kunci Pintu Kaabah beratnya 5.5 kg


Cap Mohor Rasulullah S.A. W


Kunci Makan Ashabul Kahfi


Antara harta rampasan perang


Batu Dinding Kaabah


Kunci Makam Sayiditina Khadijah r.a


Beras yang mengandungi surah al-ikhlas


Al Quran bertatahkan emas



BARANG PENINGGALAN RASULULLAH S.A.W

Jika sesiapa yang dah pergi haritu mesti ada perasan setiap bekas yang mereka letakkan barang-barang Rasullullah s.a.w ni, ada lubang kecil pada bahagian tepi. Kalau kalian ada berkesempatan bau haritu, dia ada satu bau yang sangat2 harum. tak leh gambarkan bau dia macam mana. 

Lagi-lagi waktu Eynara keluar je dari pameran tu tengah tarik nafas nak bau balik, then ada seorang makcik lalu tepi pakai minyak wangi kuat gila, terus dah tak dapat feel baunya macam mana . Haihh la makcik - , -


Kunci Makam Rasulullah S.A.W


Darah Bekam Rasulullah s.a.w


Serban Rasulullah s.a.w .


Busur Rasullullah s.a.w

Tapak kaki baginda


Tongkat Rasulullah s.a.w


Pedang baginda Rasulullah s.a.w


Janggut Rasulullah s.a.w


Tanah Makam Rasulullah s.a.w

Alhamdulillah dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua. Sepatutnya semua yang mampu pergi ke tempat macam ni, pergilah. Kita tak rugi apa pun.

Semoga sama-sama kita beroleh syafaat Rasulullah s.a.w


Comments

Popular Posts