Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang Mudah dan Sedap

Bismillahirrahmanirrahim. Hai Hai.

Hari ni nak share resepi pulok. Sebab baru masak tadi and ramai pulok tanya resepi , apa salahnya nak berkongsi.


Bahan-bahannya:- ( 6-7 orang makan)


  • 2 keping dada ayam
  • Pilihan udang / sotong(yang telah dibuang airnya)
  • 3 sudu besar cili kering
  • 4 helai daun limau purut
  • Kobis bunga, lobak merah/ kacang panjang
  • 1 labu bawang merah/holland
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 5-6 cili padi (kalau suka pedas lebihkan)
  • 3 atau 4 sudu makan sos cili
  • 3 atau 4 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu mkn sos blackpaper
  • 1/2 air rebusan ayam
  • Garam/ gula/ perasa(stok ayam maggi/stok ikan bilis)

Pasti Menyelerakan!


Cara-cara penyediannya:-


1) Goreng hirisan ayam sehingga keputihan dan alihkan / Rebuskan ayam 7-10 minit, asingkan ayam dan air rebusan ayam jangan dibuang.

2) Kalau menggunakan sotong, masak seketika atas kuali utk dibuangkan airnya, jangan lama nanti kecut x sedap.

3) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian letakkan cili kisar dan gaul sehingga pecah minyak.

4) Masukkan sedikit sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos blackpaper kemudian kacau rata. masukkan sedikit air dan lobak merah dan kacau seketika.

4) Sesudah mendidih, masukkan cili padi, ayam/sotong/udang dan akhir sekali masukkan daun limau purut. Kacau rata.

5) Masukkan kacang panjang/tomato/kobis bunga, perlahankan api, masukkan sotong, biarkan seketika sehingga mendidih.

6) Sesuaikan rasa hidangan anda dengan garam, gula, kiub ayam tadi dan >>>>>>>SIAP!

Siap dan boleh dihidangkan untuk seisi keluarga. Pasti nak lagi!

p/s : nak beli udang, tapi udang mahal gila sebab air udang tu yang sedap! tak salahkan nelayan tapi sekarang ni kalau teringin nak makan beli je jangan fikir sangat kalau tak apa pun xmerasa la kita kan?!

Setuju x?


Comments

Kak Nab said…
wow yummyyy... tq sis sudi share resipi.
annur eynara said…
Most welcome:)