Part time Degree life as PJJ student



Bismillahirrahmanirrahim

Annyeonghaseyo. Huhu.

     As mention above, Eynara baru start belajar balik setelah setahun menganggur. Takdela mengganggur mana sebenarnya, macam-macam je buat. Well, Eynara ada mohon untuk mohon part time and full time degree ni, dedua mohon sebab time tu dalam dilema. And Eynara memang tahu kalau dapat sambung confirm kat Puncak Alam. Memang la baru tapi Eynara ni jenis tak boleh tak balik tiaap minggu even rumah tu takde jauh man. Tapi transport nya bas je ada and kawasan dia macam kemudahan tu kurang sikit.

     Masa sebelum ni belajar kat Kolej Poly Tech Mara Bangi rasa okay la sikit sebab ada KTM so senang sikit. Mungkin sebab Eynara dah dibesarkan dengan kawasan yang senang ada pengangkutan ni so Eynara rasa macam tak convenient sikit. Hee.

     So keputusan buat PJJ ni Eynara ambil lepas bincang dengan parents. Sebab Eynara tak nak pinjam PTPTN. Dengan Mara pun dah hutang dalam 30k tapi still under proses insyaallah bulan 6 ni keluar berapa jumlah betul kena bayar.

So here it is:

PJJ ialah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka, yakni tidak lagi berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Ia merupakan pelajaran secaraseparuh masa (bagi individu yang sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau bersendiri.






     Inilah universiti yang jadi pilihan. And alhamdulillah. Tapi tu la sebab Eynara ni 22 tahun so pengalaman tu belum setanding orang yang dah bekerja, yang dah kahwin, ada anak and macam-macam lagi. Macam- macam lagi la. So mental u'olls kena prepare. Sebab tu juga Eynara pilih untuk buat PJJ untuk cabar diri Eynara belajar dengan mereka yang banyak pengalaman ni, even Eynara pun rasa macam jadi lalat je dalam kelas tu sebab tu Eynara nak kutip ilmu diorang sambil tu.

     Alhamdulillah setakat ni kelas dah masuk tiga minggu and ada lagi yang time tu lecturer tak masuk kelas tapi assignment dia dah suh buat and hantar next class. Haa kau tak ke gelabah selama ni lecturer suap je ni kena usaha sendiri, nasib ada kawan kat Puncak Alam tu dapatlah info sesikit. Haha.

     And ye betul cabaran memang banyak. Macam belajar PJJ kat uitm ni kau orang kena rajin buka iclass sistem sebab lecturer akan update semua info kelas ada ke tak or cancel, assignment and tugasan setiap minggu yang mana korang wajib aktif. Ingat!WAJIB okay! Kalau tak banyak la tertinggal. Tapi untungnya kalau PJJ ni assignment tu tak setebal full time tetapi yuran dia mahal sikit la tapi UITM ni tahap murah lagi la. which is 1 kredit hour RM 100. Kire la satu subjek biasa 4 atau 4 kredit hour and ikut kemampuan nak ambil berapa subjek untuk satu sem tu. Kalau larat ambil la banyak.

Insyaallah nanti bila-bila Eynara ceritakan macam mana nak mohon ye. Dah ngantuk pulak ni. Goodnight. Zaijian kawan-kawan.


Comments

Popular Posts