Cara Mohon Guru Sandaran Tidak Terlatih.
Assalamualaikum.
Sebab rasa bersemangat sikit nak update blog ni sambil layan hindustan punya lagu lama-lama. Fuh, memang ngam nak uploads mood. Sebabnya dah dua kali taip then hilang data macam tu okay. Stres nak taip balik. Tapi gigih jugak nak update.
Eynara dah janjikan nak share cara-cara untuk jadi guru sandaran / guru ganti. Biasanya guru ganti ni sebab guru sedia ada tu cuti bersalin or sebab lain yang tertentu. So, memang Eynara galakkan sangat untuk adik-adik yang tengah tunggu result SPM tu atau graduan yang cuti semester lama ni. Mohon la tambahkan pengalaman serious best!
Ada dua cara:
Permohonan terus ke sekolah
Yang ni kena renyah sikit which means korang kena call or pergi ke sekolah-sekolah berdekatan tanya ada kekosongan untuk guru ganti ke tak. Kalau ada rezeki pihak sekolah akan panggil dan maklumkan dokumen yang perlu dibawa. Dari situ diorang yang akan uruskan gaji dan urusan yang lain dengan PPD terus. Korang just terus start mengajar or ikut tugasan yang diberi.
Permohonan terus ke Pejabat Pelajaran Daerah
Eynara ikut cara yang ni. Kita kena prepare resume yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan hantar kepada PPD. Dokumen yang perlu disediakan:
1. Resume
2. Salinan kad pengenalan
3. Salinan surat beranak
4. alinan sijil berhenti
5. Salinan SPM/ Diploma dan transkrip
6. Gambar berukuran passport
(Pastikan kesemua diatas telas disahkan)
Then, tunggu PPd call untuk di temu duga. Alhamdulillah Eynara punya rezeki submit dokumen selasa, rabu dia dah suruh datang interview. Tapi biasanya memang kena tunggu. So, prepare untuk ditemu duga pula. Baju mestilah formal. Malam-malam dah gosok siap baju kurung dan tudung.
Prepare satu clear folder. Page depan sekali better kosongkan untuk letak cover letter(surat rasmi nama penuh, kad pengenalan, no telefon dan jawatan yang hendak dipohon).
Susunan dokumen asal dalam clear folder pastikan ikut susunan yang betul:
1. Cover letter
2. Kad Pengenalan
3. Sijil Lahir
4. Sijil kewarganegaraan(jika ada)
5. Sijil berhenti sekolah
6. Sijil SPM
7. Sijil STPM ( jika ada )
8. Sijil Diploma (jika ada)
9. Transkrip Diploma asal
10. Sijil Ijazah ( jika ada )
11. Transkrip Ijazah asal
12. Surat Pengktiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah luar negara)
13. Sijil Kokurikulum
14. Sijil-sijil lain yang berkaitan
So, dah prepare semua ni? Kaji sikit-sikit tentang isu semasa hari ini atau apa-apa yang melibatkan tentang pengajaran dan pembelajaran. Make sure korang in prepare and confident. Jangan risau, PPD nak tengok confident kita and cara dan pengetahuan kita bercakap je.
Masa Eynara dulu kena interview secara berkumpulan, satu bilik sekali 4 orang kena panggil. Agak mencabar tapi make sure korang percaya kat diri sendiri, jawab apa yang patut dan penting sahaja. Jangan sampai melalut. Jual diri korang means promote diri korang punya kelebihan. Bukan riak tapi dia nak tengok cara kita communicate dan jawapan kita. Jangan tumpu pada satu isi. Cth: saya boleh kerja secara berkumpulan dan mampu belajar sesuatu perkara dengan cepat.
Rasanya itu sahaja Eynara boleh kongsi, tapi jangan segan nak bertanya ye. Insyallah Eynara jawab . :)
Terima kasih sudi singgah.
Comments