Pengalaman Menjadi Guru Sandaran


Assalamualaikum semua. .
Saya Cik Eynara ye.
So,
Memandangkan ni first entry Eynara rasa nak share pengalaman semasa diberi peluang menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang (2).
Disebabkan masa tu Eynara tengah tunggu majlis konvokesyen, Eynara decide cari kerja untuk tampung perbelanjaan kemudian hari nanti. Menabung sesikit sebab Mara tak tanggung dah lepas habis belajar ni! Tapi time ni Eynara dah berhenti kerja jadi pekerja Ayamas lepas 3 bulan rasa. First time tu kerja weh!
Berhenti sebab apa? Nanti Eynara share. Tunggu !
Well, Eynara ni suka kerja flexible kalau boleh, yela dah dibesarkan dengan latar belakang berniaga, so terikat kerja macam office hour tu macam fikir lama sgt nak kerja kat office office ni.
Masa childhood dulu main cikgu-cikgu dengan sedare sepapat semua, so terlintas kat hati nak try la jadi cikgu sandaran ni. Time sekolah dulu korang mesti ada guru ganti yang ajar kelas korang tak lama tu kan? SO, Eynara pun survey la macam mana nak jadi guru ganti ni!
Tapi next entry Eynara cerita cara-cara jadi guru ganti ni ye. Insyaallah!

So, orang kata kalau dah rezeki tu memang ada kan, Alhamdulillah diterima masuk sekolah yang dekat dengan rumah. Lompat lompat kot sebab dapat jadi cikgu!
Ingat lagi daftar masuk sekolah hari Jumaat bulan 4 berapa haribulan tak ingat.
Fuh excited sangat ni, baju of course la baju kurung. Make up? Tak reti! Tepek bedak carrie junior je.
Pergi pejabat kena assign tugas jadi USTAZAH!
WHAT? Oh My Allah.
Dah tentu-tentu ajar Pendidikan Islam and ajar mengaji
 Berat nya rasa panggilan tu. Even ajar budak cenonit je pun tapi USTAZAH tu weh ! 
Korang faham tak apa Eynara rasa ni????
Tapi takdelah Eynara tolak sebabnya excited nak mengajar lebih dari perasaan takut tu!
Well, Eynara ajar kelas darjah 1 dan 2 je.

ALIF.. BA.. TA..

Haha , comel je ajar benda basic ni!

Tapi korang ingat senang ke ??? Nak ajar budak yang dalam kepala nak main tiap masa ni? 
Ya Allah baru la Eynara faham kenapa cikgu banyak ada darah tinggi.
Dugaan sangat! Pergh macam teruk je Eynara cerita nak jadi cikgu nikan?
Sebenarnya susah sikit nak bentuk budak-budak ni, tapi kalau kena cara memang diorang akan sayang kita, dengar cakap kita berkawan dengan kita.
Its really really nice to have them in my life since nama pun budak-budak kan, they are really innocent.

They call me Ustajah.. Ustajah..Ustajahhhh (well I missed the voices)


Haha, time mengaji masing-masing pakat nak ngaji awal sebab nak cepat main. Ustajah punya dengki saja suh budak perempuan ngaji dulu sebab nanti kalau lelaki lepas dulu ha kau dia punya bising haru biru. Sampai cikgu kelas sebelah tolong handle kan lah.
Sebabnya Eynara bukan basic dari pendidikan so banyak sangat lack and that time  Eynara still in learning nak adapt untuk masuk sekali dengan perangai diorang kenal2 diorang ni. For me, budak-budak sekarang tak jalan kalau kena marah. 
Better tegas +  marah + kasih sayang 

Tapi yang Eynara belajar kalau budak-budak ni bergaduh, kita jangan sebelahkan pihak saja. Dengar cerita kedua-dua belah pihak. And then convince them.
Selalunya Eynara akan suh dorang cerita apa jadi tanya kawan kawan diorang then Eynara suruh sama-sama mintak maaf and salam tangan janji tak buat lagi then peluk kawan masing-masing. Selalunya lepas peluk mood dah berkawan balik seronok main balik macam takde apa. Even kita tak leh percaya janji dorang tu kekal lama tapi at least dorang dididik . 
Then lepas-lepas tu dorang dah faham cara Eynara dorang sendiri buat tanpa suruh. See?
Penangan marah + kasih sayang really work!

Eynara berbakti kat sekolah ni tak lama pun dalam sebulan setengah sebab time tu PPD takde budget nak bagi gaji. Tapi sebelum benti tu sempat tau sambut hari guru!
Siapa tak happy? Eynara dulu kalau hari guru kalau boleh nak beli untuk semua guru hadiah tapi yela mana mampu nak support semua. Kita pun budak lagi time tu tak paham keadaan parents kita macam mana kan.

Ingat murid-murid je ke excited nak sambut? Guru-guru pun sama okay, kitorang siap ada group buat persembahan lagi. Seloka, pantun,deklamasi sajak and banyak lagi la.
Tibalah acara yang dinanti untuk semua guru which is masa anak murid bagi hadiah.
Ingat mengajar sekejap tak dapat ke? Of course la ada! Haha. 
Jangan jeles!

Ni Geng Ustajah buat persembahan sama-sama 

Antara barisan guru SK Taman Selayang(2)


Yang lain xbalik kelas lagi! Ustajah suh amek gambar cepat



Setia tau ustajah tunggu parents awak semua amek awak ni



Pantang nampak kamera ye awak semua ni.
Mana Ustajah tak sayang! 
Tak pernah tak layan perangai ustajah!

Selesai lah sesi meleleh air mata semua. Tak lama pun ajar sebulan lebih je! Tapi, terlalu banyak kenangan kita buat sama-sama.
Then tamatlah mengajar di sekolah situ. Tak pernah Ustajah tak rindu!
Yang mana student cuti belajar tu you guys should try la jadi cikgu sandaran ni. Banyak budak-budak ni akan ajar kita.

Kesabaran. Ketulusan. Kebahagian
All in one.

Ustajah doakan anak murid Ustajah jadi seorang insan berguna pada ummah ye!

P/S : Segala nasihat/teguran/kritikan Eynara sedia terima dengan hati terbuka. Thanks sudi singgah:)



Comments

Popular Posts