Rabu, 3 Mei 2017

Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang Mudah dan Sedap

Bismillahirrahmanirrahim. Hai Hai.

Hari ni nak share resepi pulok. Sebab baru masak tadi and ramai pulok tanya resepi , apa salahnya nak berkongsi.


Bahan-bahannya:- ( 6-7 orang makan)


  • 2 keping dada ayam
  • Pilihan udang / sotong(yang telah dibuang airnya)
  • 3 sudu besar cili kering
  • 4 helai daun limau purut
  • Kobis bunga, lobak merah/ kacang panjang
  • 1 labu bawang merah/holland
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 5-6 cili padi (kalau suka pedas lebihkan)
  • 3 atau 4 sudu makan sos cili
  • 3 atau 4 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu mkn sos blackpaper
  • 1/2 air rebusan ayam
  • Garam/ gula/ perasa(stok ayam maggi/stok ikan bilis)

Pasti Menyelerakan!


Cara-cara penyediannya:-


1) Goreng hirisan ayam sehingga keputihan dan alihkan / Rebuskan ayam 7-10 minit, asingkan ayam dan air rebusan ayam jangan dibuang.

2) Kalau menggunakan sotong, masak seketika atas kuali utk dibuangkan airnya, jangan lama nanti kecut x sedap.

3) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian letakkan cili kisar dan gaul sehingga pecah minyak.

4) Masukkan sedikit sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos blackpaper kemudian kacau rata. masukkan sedikit air dan lobak merah dan kacau seketika.

4) Sesudah mendidih, masukkan cili padi, ayam/sotong/udang dan akhir sekali masukkan daun limau purut. Kacau rata.

5) Masukkan kacang panjang/tomato/kobis bunga, perlahankan api, masukkan sotong, biarkan seketika sehingga mendidih.

6) Sesuaikan rasa hidangan anda dengan garam, gula, kiub ayam tadi dan >>>>>>>SIAP!

Siap dan boleh dihidangkan untuk seisi keluarga. Pasti nak lagi!

p/s : nak beli udang, tapi udang mahal gila sebab air udang tu yang sedap! tak salahkan nelayan tapi sekarang ni kalau teringin nak makan beli je jangan fikir sangat kalau tak apa pun xmerasa la kita kan?!

Setuju x?


Isnin, 1 Mei 2017

Ke arah Mengatasi Masalah Muka Berjerawat

Assalamualaikum.. .

Of course tajuk kat atas tu pun pasti menjadi mimpi ngeri sebahagian wanita yang meningkat usia kan?
Eynara pun macam tu. Well kulit Eynara awal-awal okay je, takda masalah langsung, sampai cina kt PLKN pun jeles sebab kulit Eynara jenis yang moist and takde blackhead kat hidung. Putih tu tak la.. haha. Time tu form 4 dah start guna Biore cleanser and nano white cleanser. Ok la not bad.

Tapi start lepas PLKN tu muka la perubahan kulit muka, which is sebab muka burn, I was like nak putih laaa cepat dah la nak amik result SPM lagi 20 hari, so segannn laaa. Then my bestie suggest consume collagen. Dengan elaun PLKN time tu Eynara beli aurawhite. Gila la. Mahal tu ! Tapi nak putih punya pasal kan? Then bila muka okay sikit, Eynara ingat nak pakai skincare je sebab nya mahal sgt tak mampu I nak beli tiap bulan. So, start tu la consume local skin care. Some of them quite expensive tapi takde perubahan sangat, which I use this skin care about 1year D****** tapi maybe sebab muka xsesuai kot lagi-lagi sebab time ni Eynara kerja Ayamas so banyak main kat dapur tu dengan minyak nya apanya somacam x effect sgt. 

So tengah tunggu depa habis dulu sebab nak tukar skincare lain. Lepas- lepas tu take time la Eynara nak beli produk baru, risau kan nanti bukan guna bazir jaa. Tapi sebab tengok org review pasal Hado Labo ni, maka kat guardian tangan ni tersangat la gatal membeli, tapi nasib baik capainya cleanser je. Kau iman kalau xkuat aih farmasi tu bahaya gila kalau sekali melangkah!



Ni la dia Eynara beli, lebih kurang camni la warna dia, sebab ni gambar google je.


So I was waiting for the result dalam 1 month, then kalau berkesan of course  I will share the results and buy adik beradik dia pulak. Haha. sebabnya mahal jugak produknya!

Sampingan Eynara rajin buat home mask je. Kadang-kadang guna yogurt asli, tak kesah la brand apa. Tapi yogurt tu sejuk la kalau letak kt muka, then bersihkan cam biasa.
Atau 
Pergi je pasar tu cari tomato cenonit tu. Setiap minggu mesti Eynara potong then skrub kan kat muka.

Rasanya tips lain of course semua tahu :-

1) Pengambilan air masak yang secukupnya, kalau boleh pagi ptg mlm and sebelum tidur and bangun tidur terus minum air masak, air suam lagi better. Elakkan minuman bergas and too much gula ni.

2) Makan sayur and buah alah petua orang tua-tua ni makan ulam, haa kalau nak cantik tu makan ulam-ulam ni. 

3) Buat exercise muka setiap pagi sebelum mandi tu. Haha senang je pun. Baca sambil buat tau!
 Donggakkan dagu, muncungkan bibir, Jegilkan mata, Tepuk perlahan muka tu bagi oksigen and darah mengalir . Simple kan stepnya? 
Kalau perasan kan orang korea selalu tepuk pipi diorang lagi-lagi kalau masa apply moisturiser and lepas pakai mask. 

4) Tips kita sebagai umat Islam ni of course selalu berwudhuk and baca ayat-ayat quran. Kalau tak reti tu takpe, dengar je alunan ayat alquran tu, lama-lama kita hafal jugak, cumanya ye la selagi ada waktu kita belajarlah bahasa syurga ni.

Tips lain kena share lepas muka okay, buat masa ni tu je yg Eynara amalkan. So tunggu for my result naa! Hik hik

Eh kalau ada pandangan or info lain jangan lupa share tau tau tau, Im looking forward too ni! Thanks awak!

Jumaat, 28 April 2017

Cara buat Double Spacing

Assalamualaikum w. h. w

Hai. Sebab tengah buat assignment lagi. So Eynara nak share cara buat double spacing. Even nampak senang tapi ada sesetengah orang memang search google ni untuk tau caranya. 

So here it is :-

1) First sekali, buka pada Microsoft Word atau dokumen mana-mana kalian tengah siapkan tu.
contohnya macam ni, select all terus atau boleh juga tekan Ctrl + A

2) Then tekan right click pada tetikus anda tu, dan cari perkataan paragraph then keluar macam ni


Nampak kan perkataan tu follow je, then tekan OK

3) Tengok ni


Okay done :)

Semoga membantu ye

Rabu, 26 April 2017

Cara buat Google Form untuk Borang Uji Kaji Selidik

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Syukur masih diberi ruang dan kesempatan untuk berkongsi ilmu petang ini.

Memandangkan Eynara rajin hari ini, so Eynara nak share dengan kawan-kawan semua tentang cara nak buat uji kaji selidik secara atas talian. Senang je. Sesuai untuk pelajar kolej yang nak buat kerja kursus untuk cari responden. Tak perlu susah payah bazir duit dan tenaga untuk pergi potostat dan edar kepada orang ramai tentang kerja kursus kalian.

So here it it:-

1) Kalian harus ada akaun google / reka je apa2 untuk yang tak ada tu. Mustahil kot tak de kan? hehe

2) So buka link ni Googleonlineform , click je seperti arahan yang dia nyatakan tu.

3) Then akan keluar macam ni :-

Korang click dekat tanda tambah tu untuk start buat soalan.

4) So isikan je soalan korang dekat ruangan yang Eynara dah editkan tu :-



5) Then dah siap macam Eynara punya ni :-

Ni kerja kursus Eynara, alang-alang dah survey tu tolong la Eynara jawab soalannya sekali ye. 

Lepastu kalau dah ada responden automatik dia akan keluar chart atau graph so tak perlu susah-susah kita nak buat manual kan?

Ingat please tolong Eynara jawab survey ni ye Cadangan Perkahwinan Bawah Umur dengan Perogol

Anda memang seorang yang hebat!

P/s : Please return post yang dah guna untuk rujukan , nak tau membantu ke tidak. Thanks! : )


Selasa, 11 April 2017

Part time Degree life as PJJ student



Bismillahirrahmanirrahim

Annyeonghaseyo. Huhu.

     As mention above, Eynara baru start belajar balik setelah setahun menganggur. Takdela mengganggur mana sebenarnya, macam-macam je buat. Well, Eynara ada mohon untuk mohon part time and full time degree ni, dedua mohon sebab time tu dalam dilema. And Eynara memang tahu kalau dapat sambung confirm kat Puncak Alam. Memang la baru tapi Eynara ni jenis tak boleh tak balik tiaap minggu even rumah tu takde jauh man. Tapi transport nya bas je ada and kawasan dia macam kemudahan tu kurang sikit.

     Masa sebelum ni belajar kat Kolej Poly Tech Mara Bangi rasa okay la sikit sebab ada KTM so senang sikit. Mungkin sebab Eynara dah dibesarkan dengan kawasan yang senang ada pengangkutan ni so Eynara rasa macam tak convenient sikit. Hee.

     So keputusan buat PJJ ni Eynara ambil lepas bincang dengan parents. Sebab Eynara tak nak pinjam PTPTN. Dengan Mara pun dah hutang dalam 30k tapi still under proses insyaallah bulan 6 ni keluar berapa jumlah betul kena bayar.

So here it is:

PJJ ialah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka, yakni tidak lagi berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Ia merupakan pelajaran secaraseparuh masa (bagi individu yang sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau bersendiri.






     Inilah universiti yang jadi pilihan. And alhamdulillah. Tapi tu la sebab Eynara ni 22 tahun so pengalaman tu belum setanding orang yang dah bekerja, yang dah kahwin, ada anak and macam-macam lagi. Macam- macam lagi la. So mental u'olls kena prepare. Sebab tu juga Eynara pilih untuk buat PJJ untuk cabar diri Eynara belajar dengan mereka yang banyak pengalaman ni, even Eynara pun rasa macam jadi lalat je dalam kelas tu sebab tu Eynara nak kutip ilmu diorang sambil tu.

     Alhamdulillah setakat ni kelas dah masuk tiga minggu and ada lagi yang time tu lecturer tak masuk kelas tapi assignment dia dah suh buat and hantar next class. Haa kau tak ke gelabah selama ni lecturer suap je ni kena usaha sendiri, nasib ada kawan kat Puncak Alam tu dapatlah info sesikit. Haha.

     And ye betul cabaran memang banyak. Macam belajar PJJ kat uitm ni kau orang kena rajin buka iclass sistem sebab lecturer akan update semua info kelas ada ke tak or cancel, assignment and tugasan setiap minggu yang mana korang wajib aktif. Ingat!WAJIB okay! Kalau tak banyak la tertinggal. Tapi untungnya kalau PJJ ni assignment tu tak setebal full time tetapi yuran dia mahal sikit la tapi UITM ni tahap murah lagi la. which is 1 kredit hour RM 100. Kire la satu subjek biasa 4 atau 4 kredit hour and ikut kemampuan nak ambil berapa subjek untuk satu sem tu. Kalau larat ambil la banyak.

Insyaallah nanti bila-bila Eynara ceritakan macam mana nak mohon ye. Dah ngantuk pulak ni. Goodnight. Zaijian kawan-kawan.


Selasa, 28 Mac 2017

SINGAPORE DAY TRIP by @pakejmelancongmurah

Assalamualaikum & Selamat Malam.

Of course harini Eynara nak share pasal Singapore ni. Actually Singapore ni takde besar mana, sehari jalan pun cukup dah. Cume sebab dia really jaga tempat dia. So memang bua orang tertarik nak pergi jalan-jalan kat sana.




Well. Sebenarnya percutian ke Singapore ni tak rancang langsung. Ada sehari tu Eynara ralit tengok handphone then terscroll satu ig @pakejmelancongmurah. Memang terbaik! Owner dia, Una ada buat contests free seats, so ioll's pun rajin la ikut buat tag & win. So ni hasilnya.


Kawan Eynara yang menang contest ni. Tapi rezeki terpijak orang cakap, sebabnya kawan Eynara baru je start study so dia tak dapat join. Apa lagi dia pass kat kita, kita grab la.

So, kitorg semua kena berkumpul dekat Kl Sentral tunggu semua tiba, then 10.30 malam start perjalanan . Berhenti rehat makan solat subuh semua di r&r Gelang Patah. Ingat !
Nak masuk negara orang ni kena ada passport tau! Dan nanti dalam bas dia bagi white card korang kena isi siap-siap.


Ni la white card tu.

Well, part nak tempoh immigresen ni kena sabar gila-gila. Kalau rezeki korang paling cepat setengah jam ke sejam dah settle dah. Tapi masa Eynara, hujan plus jammed gila nk tempoh immigresen tu dalam 2 jam lebih jugak .Lebih kurang pukul 9-10 pagi baru dapat masuk Singapore ni. Jadi aktiviti-aktiviti yang kitorg buat tu tak dapat buat santai-santai. kena berkejar sebab nak pastikan dapat pergi semua tempat.
Guider dia ya Allah on time betul, kalau dia set masa sekian, kau kena pastikan ada on time. Kalau lambat tinggal la. Takpun nanti dia bebel kasih sayang kat korang. Haha.

So, next entry Eynara sambung tempat-tempat yang menarik kat sana.

To be continue...

Selasa, 14 Mac 2017

Cara Mohon Guru Sandaran Tidak Terlatih.

Assalamualaikum.

Sebab rasa bersemangat sikit nak update blog ni sambil layan hindustan punya lagu lama-lama. Fuh, memang ngam nak uploads mood. Sebabnya dah dua kali taip then hilang data macam tu okay. Stres nak taip balik. Tapi gigih jugak nak update. 

Eynara dah janjikan nak share cara-cara untuk jadi guru sandaran / guru ganti. Biasanya guru ganti ni sebab guru sedia ada tu cuti bersalin or sebab lain yang tertentu. So, memang Eynara galakkan sangat untuk adik-adik yang tengah tunggu result SPM tu atau graduan yang cuti semester lama ni. Mohon la tambahkan pengalaman serious best!

Ada dua cara:

Permohonan terus ke sekolah
Yang ni kena renyah sikit which means korang kena call or pergi ke sekolah-sekolah berdekatan tanya ada kekosongan untuk guru ganti ke tak. Kalau ada rezeki pihak sekolah akan panggil dan maklumkan dokumen yang perlu dibawa. Dari situ diorang yang akan uruskan gaji dan urusan yang lain dengan PPD terus. Korang just terus start mengajar or ikut tugasan yang diberi.

Permohonan terus ke Pejabat Pelajaran Daerah
Eynara ikut cara yang ni. Kita kena prepare resume yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan dan hantar kepada PPD. Dokumen yang perlu disediakan:

1. Resume
2. Salinan kad pengenalan
3. Salinan surat beranak
4. alinan sijil berhenti
5. Salinan SPM/ Diploma dan transkrip
6. Gambar berukuran passport
(Pastikan kesemua diatas telas disahkan)

Then, tunggu PPd call untuk di temu duga. Alhamdulillah Eynara punya rezeki submit dokumen selasa, rabu dia dah suruh datang interview. Tapi biasanya memang kena tunggu. So, prepare untuk ditemu duga pula. Baju mestilah formal. Malam-malam dah gosok siap baju kurung dan tudung.

Prepare satu clear folder. Page depan sekali better kosongkan untuk letak cover letter(surat rasmi nama penuh, kad pengenalan, no telefon dan jawatan yang hendak dipohon).

Susunan dokumen asal dalam clear folder pastikan ikut susunan yang betul:

1. Cover letter
2. Kad Pengenalan
3. Sijil Lahir
4. Sijil kewarganegaraan(jika ada)
5. Sijil berhenti sekolah
6. Sijil SPM
7. Sijil STPM ( jika ada )
8. Sijil Diploma (jika ada)
9. Transkrip Diploma asal
10. Sijil Ijazah ( jika ada )
11. Transkrip Ijazah asal
12. Surat Pengktiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah luar negara)
13. Sijil Kokurikulum
14. Sijil-sijil lain yang berkaitan

So, dah prepare semua ni? Kaji sikit-sikit tentang isu semasa hari ini atau apa-apa yang melibatkan tentang pengajaran dan pembelajaran. Make sure korang in prepare and confident. Jangan risau, PPD nak tengok confident kita and cara dan pengetahuan kita bercakap je. 

Masa Eynara dulu kena interview secara berkumpulan, satu bilik sekali 4 orang kena panggil. Agak mencabar tapi make sure korang percaya kat diri sendiri, jawab apa yang patut dan penting sahaja. Jangan sampai melalut. Jual diri korang means promote diri korang punya kelebihan. Bukan riak tapi dia nak tengok cara kita communicate dan jawapan kita. Jangan tumpu pada satu isi. Cth: saya boleh kerja secara berkumpulan dan mampu belajar sesuatu perkara dengan cepat. 

Rasanya itu sahaja Eynara boleh kongsi, tapi jangan segan nak bertanya ye. Insyallah Eynara jawab . :)

Terima kasih sudi singgah.

Ahad, 19 Februari 2017

Pengalaman Menjadi Guru Sandaran


Assalamualaikum semua. .
Saya Cik Eynara ye.
So,
Memandangkan ni first entry Eynara rasa nak share pengalaman semasa diberi peluang menjadi seorang guru di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang (2).
Disebabkan masa tu Eynara tengah tunggu majlis konvokesyen, Eynara decide cari kerja untuk tampung perbelanjaan kemudian hari nanti. Menabung sesikit sebab Mara tak tanggung dah lepas habis belajar ni! Tapi time ni Eynara dah berhenti kerja jadi pekerja Ayamas lepas 3 bulan rasa. First time tu kerja weh!
Berhenti sebab apa? Nanti Eynara share. Tunggu !
Well, Eynara ni suka kerja flexible kalau boleh, yela dah dibesarkan dengan latar belakang berniaga, so terikat kerja macam office hour tu macam fikir lama sgt nak kerja kat office office ni.
Masa childhood dulu main cikgu-cikgu dengan sedare sepapat semua, so terlintas kat hati nak try la jadi cikgu sandaran ni. Time sekolah dulu korang mesti ada guru ganti yang ajar kelas korang tak lama tu kan? SO, Eynara pun survey la macam mana nak jadi guru ganti ni!
Tapi next entry Eynara cerita cara-cara jadi guru ganti ni ye. Insyaallah!

So, orang kata kalau dah rezeki tu memang ada kan, Alhamdulillah diterima masuk sekolah yang dekat dengan rumah. Lompat lompat kot sebab dapat jadi cikgu!
Ingat lagi daftar masuk sekolah hari Jumaat bulan 4 berapa haribulan tak ingat.
Fuh excited sangat ni, baju of course la baju kurung. Make up? Tak reti! Tepek bedak carrie junior je.
Pergi pejabat kena assign tugas jadi USTAZAH!
WHAT? Oh My Allah.
Dah tentu-tentu ajar Pendidikan Islam and ajar mengaji
 Berat nya rasa panggilan tu. Even ajar budak cenonit je pun tapi USTAZAH tu weh ! 
Korang faham tak apa Eynara rasa ni????
Tapi takdelah Eynara tolak sebabnya excited nak mengajar lebih dari perasaan takut tu!
Well, Eynara ajar kelas darjah 1 dan 2 je.

ALIF.. BA.. TA..

Haha , comel je ajar benda basic ni!

Tapi korang ingat senang ke ??? Nak ajar budak yang dalam kepala nak main tiap masa ni? 
Ya Allah baru la Eynara faham kenapa cikgu banyak ada darah tinggi.
Dugaan sangat! Pergh macam teruk je Eynara cerita nak jadi cikgu nikan?
Sebenarnya susah sikit nak bentuk budak-budak ni, tapi kalau kena cara memang diorang akan sayang kita, dengar cakap kita berkawan dengan kita.
Its really really nice to have them in my life since nama pun budak-budak kan, they are really innocent.

They call me Ustajah.. Ustajah..Ustajahhhh (well I missed the voices)


Haha, time mengaji masing-masing pakat nak ngaji awal sebab nak cepat main. Ustajah punya dengki saja suh budak perempuan ngaji dulu sebab nanti kalau lelaki lepas dulu ha kau dia punya bising haru biru. Sampai cikgu kelas sebelah tolong handle kan lah.
Sebabnya Eynara bukan basic dari pendidikan so banyak sangat lack and that time  Eynara still in learning nak adapt untuk masuk sekali dengan perangai diorang kenal2 diorang ni. For me, budak-budak sekarang tak jalan kalau kena marah. 
Better tegas +  marah + kasih sayang 

Tapi yang Eynara belajar kalau budak-budak ni bergaduh, kita jangan sebelahkan pihak saja. Dengar cerita kedua-dua belah pihak. And then convince them.
Selalunya Eynara akan suh dorang cerita apa jadi tanya kawan kawan diorang then Eynara suruh sama-sama mintak maaf and salam tangan janji tak buat lagi then peluk kawan masing-masing. Selalunya lepas peluk mood dah berkawan balik seronok main balik macam takde apa. Even kita tak leh percaya janji dorang tu kekal lama tapi at least dorang dididik . 
Then lepas-lepas tu dorang dah faham cara Eynara dorang sendiri buat tanpa suruh. See?
Penangan marah + kasih sayang really work!

Eynara berbakti kat sekolah ni tak lama pun dalam sebulan setengah sebab time tu PPD takde budget nak bagi gaji. Tapi sebelum benti tu sempat tau sambut hari guru!
Siapa tak happy? Eynara dulu kalau hari guru kalau boleh nak beli untuk semua guru hadiah tapi yela mana mampu nak support semua. Kita pun budak lagi time tu tak paham keadaan parents kita macam mana kan.

Ingat murid-murid je ke excited nak sambut? Guru-guru pun sama okay, kitorang siap ada group buat persembahan lagi. Seloka, pantun,deklamasi sajak and banyak lagi la.
Tibalah acara yang dinanti untuk semua guru which is masa anak murid bagi hadiah.
Ingat mengajar sekejap tak dapat ke? Of course la ada! Haha. 
Jangan jeles!

Ni Geng Ustajah buat persembahan sama-sama 

Antara barisan guru SK Taman Selayang(2)


Yang lain xbalik kelas lagi! Ustajah suh amek gambar cepat



Setia tau ustajah tunggu parents awak semua amek awak ni



Pantang nampak kamera ye awak semua ni.
Mana Ustajah tak sayang! 
Tak pernah tak layan perangai ustajah!

Selesai lah sesi meleleh air mata semua. Tak lama pun ajar sebulan lebih je! Tapi, terlalu banyak kenangan kita buat sama-sama.
Then tamatlah mengajar di sekolah situ. Tak pernah Ustajah tak rindu!
Yang mana student cuti belajar tu you guys should try la jadi cikgu sandaran ni. Banyak budak-budak ni akan ajar kita.

Kesabaran. Ketulusan. Kebahagian
All in one.

Ustajah doakan anak murid Ustajah jadi seorang insan berguna pada ummah ye!

P/S : Segala nasihat/teguran/kritikan Eynara sedia terima dengan hati terbuka. Thanks sudi singgah:)



Resepi Paprik Ayam/Sotong/Udang Mudah dan Sedap

Bismillahirrahmanirrahim. Hai Hai. Hari ni nak share resepi pulok. Sebab baru masak tadi and ramai pulok tanya resepi , apa salahnya nak b...